



TEMPAT : PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA
YURAN : RM 180
...........................................................................................................................................................................

Selain daripada itu, pihak Pusat Pembelajaran Al-Hira akan menggunakan buku Kaedah Al-Hira yang telah diperbaharui persembahannya. Isi kandungan buku tersebut adalah sama dengan buku yang lama, cuma diperbaharui pada beberapa persembahan agar lebih menarik minat dan memudahkan pemahaman terhadap konsep Al-Hira-BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM. Penggunaan buku baru ini hanya melibatkan pelajar-pelajar yang baru sahaja. Pelajar lama akan tetap menggunakan buku kaedah yang sedia ada.
Penyelaras Kurikulum Pusat Pembelajaran Al-Hira, Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor berharap agar penggunaan buku yang baru ini akan lebih memudahkan pemahaman para pelajar yang ingin menggunakan kaedah ini.
Terdahulu, Penyelaras I, Ustaz Azizul Bin Mokhtar, dengan kerjasama lembaga Pengarah Pusat Pembelajaran Al-Hira ketika itu, iaitu Ustaz Ahmad Dzuliani (Penyelaras II) dan Ustaz Mohd Nazim (Penyelaras Kurikulum) telah melakukan beberapa cadangan perubahan pada buku sedia ada untuk dikemukakan kepada Dr. Zulpan dari Al-Hira Enterprise agar dipanjangkan kepada Pengarang Buku Al-Hira, Al-Fadhil, Dr. Hj Muhammad Roihan Al-Mandily. Turut sama terlibat di dalam cadangan tersebut adalah Ustaz Mohd Taqiyuddin Al-Hafiz (Managing Director, Al-Hira Smart Learning).

Penyelaras I, Pusat Pembelajaran Al-Hira, Al-Fadhil Ustaz Azizul di dalam ucapan beliau turut mengucapkan rasa terima kasih di atas kerjasama semua yang hadir untuk menjayakan majlis ini. Beliau menasihati para hadirin untuk meningkatkan amalan di dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki. Mengambil kesempatan memperkenalkan buku kaedah Al-Hira-BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM yang telah diadakan pembaharuan sesuai dengan kehendak semasa. Buku terkini amat sesuai dan dipersembahkan dengan cara yang lebih mudah untuk difahami.
Al-Hira merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama semua khususnya kepada para penyumbang, guru-guru dan tenaga pengajar serta staff Al-Hira, Shalbina Catering, De' Aromatica House, para ibubapa dan penjaga, para pelajar seterusnya mereka yang terlibat samada alngsung atau tidak langsung bagi memastikan majlis ini berjaya diadakan.

Baginda Rasulullah SAW menegaskan: "Barangsiapa yang memberi makan berbuka puasa (untuk) orang yang berpuasa, maka baginya pahala sepertimana orang yang berpuasa itu."
AL-HIRA DIJEMPUT DI MANA-MANA
Turut diundang menjadi hakim adalah Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Penyelaras Kurikulum, Pusat Pembelajaran Al-Hira. Beliau menghakimi bahagian Tarannum dan suara manakala Ustaz Azizul menghakimi bahagian Tajwid. Penyelaras Kurikulum Al-Hira turut diundang untuk menjadi hakim saringan Musabaqah Tilawah Al-Quran bahagian kakitangan UniMAP pada 1 September 2009.
Pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengadakan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat universiti pada 2 September 2009. Pusat Pembelajaran Al-Hira melahirkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak UniMAP di atas kesudian mengundang tenaga Al-Hira bagi menjayakan program berkenaan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430 H.
Selain itu, Ustaz Mohd Nazim, Penyelaras Kurikulum Al-Hira turut dijemput untuk menyampaikan kuliah Tafsir Surah Al-Baqarah oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis di sebuah program yang akan diadakan di Tasoh Lake Resort pada 11 & 12 September 2009. Beliau juga diundang untuk menyampaikan Kuliah Durus Ramadhan on-air Radio Malaysia Perlis (Perlis.FM) pada 2 September di Masjid Alwi Kangar.
Semoga semua pihak akan mendapat kebaikan dari siri-siri majlis ilmu yang bakal diadakan.
....................................................................................................................................................................
TADARUS AL-QURANAL-HIRA HIDUPKAN AMALAN SUNNAH RASULULLAH SAW DI BULAN RAMADHAN
Demikianlah hebatnya bulan Ramadhan. Di antara kehebatan bulan Raamadhan adalah, Allah memilih bulan ini untuk diturunkan Al-Quran pada malam Al-Qadr. Sudah pastilah pemilihan bulan ini mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam untuk kebaikan umat Islam bagi memahami dan mendalami kitab suci tersebut.
Maka dengan penurunan AL-Quran pada bulan yang penuh keberkatan ini, sudah pastilah mereka yang beriman akan mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan mempelajari, membaca dan mengkaji makna-makna Al-Quran. Bahkan Baginda Rasulullah SAW juga didatangi oleh Jibril AS pada malam-malam Ramadhan untuk bertalaqqi atau "mudarasatul quran' bersama Baginda Nabi SAW. Amalan inilah yang sepatutnya dihidupkan kembali oleh umat Islam. Di siang hari kita dituntut untuk berpuasa, dan malam hari pula kita dituntut mengerjakan solat tarawih.
Para ulamak telah sepakat untuk mengatakan bahawa afdha (lebih baik) untuk mengerjakan solat terawih atau qiam ramadhan secara berjemaah dengan diimamkan oleh seorang Imam yang fasih bacaan Al-Qurannya sepertimana perintah Umar Al-Khattab untuk menghimpunkan umat Islam di zaman Beliau bagi mengerjakan solat tarawih secara berjemaah. Tujuan dihimpunkan ini antara lain adalah untuk menyediakan ruang ummat Islam mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan oleh Imam solat tarawih.
Oleh hal yang demikian, maka PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA terus menerus melaksanakan program tadarus Al-Quran di Al-Hira Pengkalan Assam. Program ini terbuka untuk semua golongan samada yang telah mahir membaca Al-Quran ataupun tidak. Pihak Al-Hira mengaharapkan kerjasama dari seluruh tenaga Al-Hira dan masayarakat yang berminat untuk sama-sama memeriahkan program tadarus yang telah dan sedang diadakan di Al-Hira Pengkalan Assam. Semoga dengan penyertaan tersebut akan menjadi amal ibadah yang sudah pasti dilipat gandakan oleh Allah SWT.
HIDAYAT SELURUH ALAM

Hadith-hadith di atas menggambarkan kepada kita betapa hebatnya kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT terhadap mereka yang berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Ramadhan telah menyediakan ruang untuk kita menumpukan pada memperbanyakkan amal ibadah dalam usaha memperbanyakkan pahala dan menghapuskan dosa. Puasa di dalam bulan Ramadhan secara konsepnya adalah untuk memenuhi 2 perkara yang perlu diambil perhatian oleh seseorang hamba Allah SWT:
1 - Menghapuskan dosa dan kesilapan lalu
2 - Menambah pahala dan berusaha memperbaiki (islah) diri
Adalah kurang tepat apabila seseorang hanya menumpukan dalam usahanya menambah amal ibadah tanpa berusaha menghapuskan dosanya yang telah lalu. Persepsi seseorang yang hanya suka beramal, tetapi tidak berhenti melakukan dosa dan maksiat adalah sesuatu yang bercanggah dengan falsafah puasa. Ketika berpuasa, kita perlu menjaga diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kerosakan kepada puasa kita seperti mengumpat, mencaci, menghina, bergaduh, dan sebagainya. Bahkan tujuan dan matlamat puasa yang agung adalah :لعلكم تتقون (moga-moga kamu bertaqwa). Seseorang yang berpuasa hendaklah menjaga 3 syahwat:
1 - Syahwat perut (menahan dari makan/minum/memasukkan sesuatu ke rongga tekak)
2 - Syahwat kemaluan(menahan daripada bersetubuh/ mengeluarkan mani dgn sengaja dll)
3 - Syahwat perasaan (menahan perasaan dari terdorong ke sesuatu yang tidak baik)
Puasa adalah ibadah imsak beerti ibadah menahan diri dari melakukan beberapa perkara yang boleh memenuhi 3 syahwat di atas. Justeru, Baginda Rasulullah SAW pernah menyatakan kerisauan Baginda kepada golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa mendapat kebaikan dari puasa mereka. Baginda Nabi bersabda : "Seolah-olah orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar dan dahaga"
Oleh hal yang demikian, marilah kita berusaha agar ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT. Perbanyakkanlah ibadah di bulan ini, kerana Madrasah Ramadhan ini mungkin tak kita temui lagi apabila malaikat maut datang menjemput!...
''HIDAYAH SELURUH ALAM''
MOHD NAZIM BIN MOHD NOOR
Pensyarah Jabatan Usluddin & Al-Quran Wal-Hadith,
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs)
merangkap
Penyelaras Kurikulum,
Pusat Pembelajaran Al-Hira.
..........................................................................................................................................................................

Kursus tersebut bertempat di Dewan Seminar, Masjid Al-Muqarrabin, Sungai Petani, Kedah Darul Aman bermula jam 8.oo pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kursus tersebut adalah anjuran PUSAT BIMBINGAN NURIL ANWAR dengan kerjasama PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA (PERLIS). Wakil dari adalah Ustaz Azizul Mokhtar, Penyelaras I, Ustaz Ahmad Dzuliani, Penyelaras II, dan Ustaz Mohd Nazim selaku Penyelaras Kurikulum Al-Hira telah hadir bagi menjadi penceramah dan pemudah cara sepanjang kursus tersebut.

Pihak Al-Hira telah bertolak ke Sungai Petani pada jam 4.45 pagi dan berjaya tiba ke destinasi dengan selamat. Memulakan agenda kursus adalah ucapan alu-aluan daripada Ust Saiful dari Pusat Bimbingan Nuril Anwar. Ustaz Saiful di dalam ucapan beliau berhasrat agar dapat menggunakan kaedah Al-Hira kerana sebelum ini beliau telah menggunakan beberapa kaedah lain dan mendapati bahawa kaedah Al-Hira adalah yang terbaik.

Sejurus selepas itu, Ustaz Azizul menjelaskan latar belakang berkaitan Pusat Pembelajaran Al-Hira (PERLIS) dan seputar mengenai Kaedah Al-Hira yang ditulis oleh Dr. Muhammad Roihan Al-Mandily serta sedikit penerangan berkaitan Al-Hira Enterprise pimpinan Dr. Zulpan Nasution.
Kursus dimulakan dengan penerangan Pelajaran 1 hingga 3 oleh Ustaz Mohd Nazim dan disusului dengan penerangan pelajaran 4 hingga 7 sebelujm majlis berhenti rehat dan makan tengahari. Ustaz Mohd Nazim kemudiannya menerangkan mengenai pelajaran ke 8 hingga ke 13 yang akhirnya disimpulkan oleh Ustaz Azizul.Kursus diakhiri dengan pengurniaan sijil-sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ustaz Azizul dan Ustaz Ahmad Dzuliani.

Rata-rata peserta melahirkan rasa berpuas hati dan berharap agar kursus seperti ini dapat diadakan lagi. Salah seorang peserta datang dari Pulau Pinang berhasrat agar kursus al-Hira dapat diadakan di Pulau Mutiara itu agar ilmu pembelajaran Al-Quran yang mudah dan berkesan ini berjaya menarik minat masayarakat yang buta Al-Quran ataupun mereka yang ingin mendalami ilmu Al-Quran.
Pusat Pembelajaran Al-Hira mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan kursus tersebut. Semoga ilmu Al-Quran ini akan dapat disebarluaskan seantero dunia. Hidayah seluruh Alam!!!

Ahli Lembaga Pengarah Al-Hira Ustaz Azizul, Ustaz Ahmad Dzuliani dan Ustaz Mohd Nazim bersama-sama beberapa staf dan tenaga pengajar Al-Hira telah segera menziarahi kediaman Almarhum sejurus menerima berita pemergian beliau.
Jenazah Al-Marhum disemadikan kira-kira jam 11.30 pagi di Tanah Perkuburan yang berhampiran dengan kediaman beliau dengan disaksikan oleh ramai jemaah yang terdiri daridapa sahabat handai, kenalan, anak-anak murid beliau dan orang ramai.
Warga Al-Hira amat terasa dengan kehilangan beliau yang selama ini sering menjadi "ayahanda" kepada Al-Hira. Apatahlagi, sikap Al-Marhum yang senang didekati dan mesra di samping sering memberikan nasihat amat menyenangkan hati mereka yang mengenali dan berurusan dengan beliau.
Al-Hira juga mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhum dan mendoakan semoga beliau dicucuri rahmat di sana.
Bagnda Nabi SAW telah bersabda : "Barangsiapa yang keluar dengan tujuan untuk menuntut ilmu, maka seolah-olah dia (berjuang) di jalan Allah sehinggalah dia pulang." Begitulah keadaan Al-Marhum yang mewakafkan diri beliau untuk menuntut, menyebar dan terus menerus berdakwah ke arah kebaikan. Beliau selalu berpesan.:"usah berasa cukup dengan ilmu yang ada, terus menerus belajar untuk mencari ilmu."
AL-HIRA DIIKTIRAF :
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS BERI KEBENARAN BERTULIS
Terdahulu sebelum itu, Penyelaras 1 Al-Hira, Ustaz Azizul Bin Mokhtar dengan diiringi oleh Penyelaras Kurikulum Al-Hira, Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor telah mengunjungi pihak Jabatan Mufti bagi memohon kebenaran mengadakan kelas pengajian Al-Quran dan beramah mesra dengan pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
Kebenaran mengajarkan Al-Quran daripada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis adalah bersesuaian dengan Enakmen 33, Kanun Syariah Negeri Perlis. Pihak Pusat Pembelajaran Al-Hira melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT dan mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negari Perlis khususnya kepada SS Dr. Juanda Jaya selaku Mufti, Ustaz Yazid selaku Juru Instinbat, Ustaz Sirajuddin selaku pegawai dan seluruh kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis di atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga segala usaha murni ini bagi membentuk generasi Al-Quran akan diberkati oleh Allah SWT.
...........................................................................................................................................................................
كلس فيداكوكى جاوى الحراء
KELAS PEDAGOGI JAWI AL-HIRA:
Kerjasama dan perhatian dari sekalian guru-guru Al-Hira didahului ucapan jazakumullahu khairan kathira.
...............................................................................................................................................................
USTAZ FAIZUL NAZIRAN,PENYELARAS BAHASA ARAB AL-HIRA:
billboard Al-HiraSemoga dengan perlantikan beliau akan lebih memantapkan Al-Hira, khususnya di dalam pengajaran Bahasa Arab di Al-Hira. Berikut adalah senarai biodata ringkas beliau :
Nama : Ustaz Faizul Bin Naziran
Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (PMR & SPM)
Pusat Matrikulasi UIA
International Islamic University Of Malaysia (Arabic Language And Literature)
Pekerjaan : Guru J-Qaf Bahasa Arab
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis
PENDAFTARAN TUISYEN AL-HIRA DIBUKA SEKARANG:
SEKOLAH RENDAH
- Marhalah 1 = Tahun 1 & 2
- Marhalah 2 = Tahun 3 & 4
- Marhalah 3 = Tahun 5 & 6
SEKOLAH MENENGAH
- PMR
- SPM
DEWASA
(Kelas khas untuk golongan dewasa yang berminat)
Silibus pengajaran disusun oleh mereka yang berpengalaman dan berkelayakan dan selari dengan kehendak program j-Qaf dan KBSM Kementerian Pelajaran Malaysia. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi talian : 019-4191053 atau terus mengunjungi:
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA (BAHASA ARAB)
No 28, TINGKAT ATAS, JALAN KANGAR- ALOR SETAR,
TAMAN PERTIWI INDAH,
01000 KANGAR, PERLIS.
............................................................................................................................................................................
AL-HIRA PENGKALAN ASSAM KINI BER'AIR-COND':
Semoga sumbangan daripada kalian akan menjadi amal jariah yang berpanjangan pahalanya di sisi Allah SWT

............................................................................................................................................................................
WALIMATUL URUS :
............................................................................................................................................................................
AL-HIRA MAJU SETAPAK LAGI :
Pusat tersebut adalah pertama yang seumpamanya di Negeri Perlis dijangka akan menjadi sebuah pusat tuisyen premier bagi matapelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah dan rendah.
Semoga dengan terasminya pembukaan pusat tersebut, akan membuka lembaran baru ke arah satu pembelajaran dan pengajaran bahasa arab yang lebih kondusif.

Klik 2 kali untuk print / cetak borang dan iklan Tuisyen Bahasa Arab Al-Hira
.................................................................................................................................................................................
PENGKHUSUSAN PENGAJIAN ISLAM :
Sila klik 2 kali pada gambar untuk imej yang lebih besar

CELIK AL-QURAN :
Al-Hira, di dadamu kami menuntut ilmu
PROGRAM PENGENALAN KAEDAH AL-HIRA :
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA BAKAL BERADA DI KURSUS TAHSIN QIRAAT GURU-GURU KAFA PERINGKAT NEGERI PERLIS
Pusat Pembelajaran Al-Hira bakal menyampaikan satu slot pengenalan kaedah AL-HIRA- BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM. Program yang bakal dilaksanakan pada 11 & 12 April 2009 dijangka akan mendapat sambutan hangat dari guru-guru KAFA seluruh Negeri Perlis. ''Satu perbincangan telah diadakan dengan pihak Unit KAFA, Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan kita amat berbesar hati kerana telah diberi peluang untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bersama guru-guru KAFA seluruh Negeri Perlis." Ujar Ustaz Mohd Nazim, Penyelaras Kurikulum Al-Hira.
TUSYEN KHAS BAHASA ARAB UNTUK SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
KENDURI KESYUKURAN AL-HIRA :
Mewakili seluruh warga Al-Hira mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Dr. Zulpan Nasution Bin Mahad dan ahli keluarga beliau, Pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd, HPA/Al-Wahida Marketing, Sekolah Menengah Agama AL-MAAD, Pusat perubatan Islam, Hiraq Cosmetic, Al-Hira Enterprise, Sri Ketapang Catering, Akhbar Sinar Harian, para penyumbang, ibubapa/penjaga, pelajar dan hadirin yang memeriahkan majlis tersebut. Pihak Al-Hira amat bersyukur kerana sekali lagi telah muncul di dalam Akhbar Sinar Harian. Hanya Allah yang bisa membalas jasa semua pihak yang menjayakan majlis ini.
Antara hadirin yang memeriahkan majlis
Persembahan nasyid oleh gabungan Staf Al-Hira bersama Alawee & Nieyaz
Persembahan nasyid oleh Kumpulan nasyid Soutul Maad dari SMA AL-MAAD
Barisan percusionist gabungan staf Al-Hira, Alawee & Nieyaz
Pameran boose Al-Hira & Hiraaq
Hadirin menjamu selera...........................................................................................................................................................................
KENDURI KESYUKURAN AL-HIRA :
Beberapa tetamu kehormat akan hadir pada malam tersebut, antaranya Al-Fadhil Dr. Zulpan Nasution Bin Mahad, Pengurus Al-Hira Enterprise, Dengkil, Selangor, yang merupakan Guru dan Mentor kepada Al-Hira. Dijangka juga beberapa penyumbang (sponsor) majlis ini dan wartawan akan datang ke majlis tersebut. Persembahan nasyid dari SMA Al-Maad dan gabungan tenaga pengajar Al-Hira dan Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari pelajar Al-Hira akan diadakan.
Pihak Al-Hira juga membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambil tapak boose pameran sepanjang majlis ini berlangsung. Beberapa pihak seperti Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dan syarikat-syarikat swasta telah menyatakan hasrat untuk menyertai majlis ini.
Namun begitu, untuk menjayakan majlis pada malam tersebut, Pusat Pembelajaran Al-Hira masih membuka peluang kepada mana-mana pihak, yayasan, persatuan atau individu perseorangan yang ingin turut sama mengadakan kenduri dengan memberikan sumbangan kepada pihak pengurusan Al-Hira.
TENTATIF PROGRAM :
8.00 malam : Para hadirin dan tetamu mengambil tempat
8.30 : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Pelajar Kelas Tarannum Al-Hira
: Ucapan oleh Ustaz Azizul Bin Mokhtar, Penyelaras I, Al-Hira
: Ucapan oleh pemidato khas : Al-Fadhil Dr Zulpan Nasution, (Al-Hira Enterprise)
: Bacaan doa
: Majlis santapan dan kenduri kesyukuran bermula
: Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Soutul Maad
(Pemenang tempat ke-2 Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan anjuran KPM)
: Persembahan Nasyid oleh gabungan tenaga pengajar Al-Hira
11.00malam : Penutup & bersurai
KENDURI KESYUKURAN AL-HIRA :
AL-HIRA MENDOAKAN KEAMANAN PALESTIN :
......................................................................................................................................................................
SALAM MAAL HIJRAH 1430 H & TAHUN BARU 2009 M:
PEMBUKA LEMBARAN BARU
USTAZ AZIZUL & USTAZAH NOORAINI:
SEMOGA KEKAL HINGGA KE SYURGA
MAJLIS PENUTUP KIMA II :
SATU RUANG POSTMOTERM & MUHASABAH KEBERKESANANNYA
18 Disember 2008- Kursus Intensif Membaca Al-Quran (KIMA) bagi sesi II akan melabuhkan tirainya pada hari ini. Ramai bertanya, apakah Majlis Penutup KIMA ini hanya sebagai majlis penyampaian sijil dan penerimaan hadiah sahaja? Bagi saya, Majlis Penutup KIMA merupakan satu simbolika kepada redha ilmu dan sebagai satu ruang bagi menyatakan hasrat seluruh tenaga penggerak Al-Hira bahawa Pengajian Al-Quran tiada akhirnya.
Tamat KIMA bukanlah merupakan satu penamat kepada pengajian Al-Quran. Ia merupakan satu petanda bahawa pengajian al-quran perlu diteruskan. Ramai yang mempertikaikan, keberkesanan KIMA. Apakah dalam masa 5 hari cukup untuk membolehkan sesorang mengenali dan sekaligus boleh membaca Al-Quran? Jawapan saya berikan secara ringkas adalah YA jika diizinkan Allah.
Mengikut pengalaman kami, kebanyakan peserta KIMA akan mampu mengenali Al-Quran selepas menyertai KIMA. Seorang ibu peserta berusia 4 tahun telah menangis kegembiraan apabila anaknya telah boleh membaca Al-Quran selepas 5 hari mengikuti kursus ini! Ini yang saya katakan jika diizinkan Allah.
Kami sering mengadakan perbincangan selepas sesuatu program diadakan. Bagi kami, terdapat beberapa faktor yang mampu mendorong para peserta untuk dapat mencapai target dan sasaran daripada KIMA yang kami adakan.
PERTAMA :Kemampuan peserta tersebut menerima pengajaran guru.
KEDUA : Pengalaman dan ilmu peserta sebelum mereka menyertai KIMA
KETIGA : Keluarga yang mendorong peserta membaca apabila pulang ke rumah
KEEMPAT: Kesugguhan dan kemahuan yang tinggi dari peserta
KELIMA : Kreativiti dan kemahiran guru
Sekiranya 5 faktor ini dimiliki oleh setiap peserta, mereka akan dapat mencapai target 5 hari KIMA. Saya nyatakan beberapa objektif dari perlaksanaan KIMA:
- Menjadi satu ruang dan platform untuk memberikan gambaran terhadap pengajian Al-Quranul Karim mengikut kaedah Al-Hira’
- Memanfaatkan cuti hujung minggu semaksima mungkin untuk pengajian Al-Quran
- Memupuk kesedaran dan minat utnuk mempelajari Al-Quran
Sekali lagi saya nyatakan, setelah selesai KIMA peserta dan ibubapa perlus lebih semangat untuk meningkatkan tahap penguasaan terhadap Al-Quran. Sedangkan baginda Rasulullah SAW melalui proses penurunan Al-Quran selama 23 tahun. Apatah lagi kita selaku manusia biasa, kita harus terus belajar dan terus belajar demi meningkatkan kefahaman sekaligus mengamalkan ajaran Al-Quran. 5 hari anda menyertai KIMA adalah 5 hari yang sangat bermakna kerana anda telah dipilih untuk mengenali kaedah Al-Hira, kaedah mudah membaca Al-Quran, BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM.
Mengapa kita mencari jalan yang sukar, jika jalan mudah terbentang di hadapan?
Saudara kamu:
Penyelaras Kurikulum,
Pusat Pembelajaran Al-Hira
..................................................................................................................................................................................................................................
WEDDING OF THE YEAR AL-HIRA:
USTAZ AZIZUL DAN USTAZAH NOORAINI BAKAL DIIJABKABULKAN
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Kalau dah jodoh tak kan ke mana". Begitulah yang mampu diungkapkan untuk 2 orang Tenaga Pengajar Pusat Pembelajaran Al-Hira yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Disember ini. Majlis Kenduri Kahwin dan Resepsi Pengantin perempuan akan diadakan pada 24 Disember 2008 di Kediaman Keluarga Ustazah Nooraini manakala Majlis Kenduri Kahwin dan Resepsi pengantin lelaki pula akan diadakan pada 27 Disember di kediaman Keluarga Ustaz Azizul Bin Mokhtar.
Sehubungan dengan itu, Ustaz Azizul ingin menjemput sahabat handai, kenalan, seluruh staff Al-Hira dan para pelajar Al-Hira untuk memeriahkan majlis kenduri kahwin di kediaman keluarga beliau di alamat No 14 A, KM 7 Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis pada hari Sabtu bertarikh 27 Disember 2008
Pihak Pusat Pembelajaran Al-Hira mengucapkan "Alf Mabruk, Barakallahu Lakuma wajama'a bainakuma bil khair" kepada Al-Fadhil Ustaz Azizul Bin Mokhtar, Penyelaras I, Pusat Pembelajaran Al-Hira dan Ustazah Nooraini Binti Mustapha, Tenaga Pengajar, Pusat Pembelajaran Al-Hira. Kami medoakan agar segala perancangan dan persiapan kalian akan dimudahkan oleh Allah SWT
.........................................................................................................................................................................
KURSUS INTENSIF MEMBACA AL-QURAN (KIMA II) :
SERAMAI 21 PELAJAR TELAH BERDAFTAR. DIJANGKA BERMULA PADA 14 DISEMBER
9 Disember 2008-Kursus Intensif Membaca Al-Quran (KIMA) untuk sesi kedua dijangka akan diadakan pada 14 Disember yang akan datang. Seramai 21 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai KIMA sesi II ini. Masih ada tempat untuk mereka yang berminat mendaftarkan diri atau anak-anak bagi menyertai KIMA sesi II. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 170 untuk 5 hari. Para peserta akan diberikan sijil penyertaan, buku Al-Hira, fail, alatulis, makan sebanyak 2 kali selama 5 hari. Mereka yang berminat sila segera menghubungi Pusat Pembelajaran Al-Hira di talian 019-5691053 dan 04-9781053.
Berikut kami 'upload' gambar-gambar sepanjang KIMA yang telah diadakan pada sesi lepas.
.................................................................................................................................................................................................................................
AL-HIRA DAN MEDIA MASSA :
2 KALI MUNCUL DI SINAR HARIAN- SATU PENGHARGAAN BUAT AL-HIRA
Peluang muncul di dada akhbar sebanyak 2 kali merupakan satu penghormatan buat Pusat Pembelajaran Al-Hira. 29 November dan 1 Disember yang lalu, berita berkaitan Kursus Intensif Membaca Al-Quran (KIMA) dan tawaran program Al-Hira telah dimuatkan di dalam akhbar tersebut. Penyelaras I Al-Hira, Ustaz Azizul Bin Mokhtar juga ditemuramah secara eksklusif berkaitan Al-Hira dan juga latar belakang pengajian beliau. Al-hamdulillah, Pusat Pembelajaran Al-Hira semakin diterima oleh masyarakat dan telah mendapat liputan media. Moga dengan bantuan dan sokongan semua pihak, Pusat Pembelajaran Al-Hira mampu terus berdiri teguh untuk menyebarkan ilmu Al-Quran kepada semua bertepatan dengan sabda Baginda Rasulullah SAW yang berbunyi : "Sebaik kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya (Al-Quran)."
BERIKUT MERUPAKAN PETIKAN ARTICLE MENGENAI AL-HIRA YANG DIMUATKAN DI DALAM AKHBAR SINAR HARIAN
Al-Hira bantu kanak-kanak kuasai al-Quran
PENGKALAN ASSAM – Pusat Pembelajaran Al-Hira menawarkan pembelajaran dan pengajaran al-Quran menggunakan kaedah yang lebih sistematik dan mudah dikuasai serta diingati kanak-kanak.
Penyelaras 1 Pusat Pembelajaran Al-Hira, Ustaz Azizul Mokhtar berkata, sasaran mereka adalah di kalangan kanak-kanak berumur umur empat hingga 10 tahun untuk mengenali al-Quran.
“Kami menggunakan kaedah yang lebih sistematik dalam proses pembelajaran dan pengajaran agar murid ini akan dapat menguasai ilmu al-Quran dengan baik.
“Kita mensasarkan selama 24 jam, dari mereka tidak tahu membaca sehinggalah mereka terus dapat membaca Al-Quran dengan baik bagi memudahkan mereka belajar di tempat-tempat lain,” katanya ketika memberi ucapan di Majlis Penutup Kursus Intensif al-Quran (KIMA) dekat sini.
Menurutnya, selain dapat membaca al-Quran, mereka mendidik agar murid lebih berani membaca al-Quran di depan orang ramai dan secara tidak langsung melahirkan keyakinan diri.
“Ini dapat melatih diri mereka untuk menjadi seorang pemimpin, imam, dan ketua di masa hadapan kerana persediaan diri mereka sudah cukup rapi.
“Apabila al-Quran menjadi pegangan mereka, maka tiada masalah untuk menampilkan keperibadian contoh dan menjadi ketua pemimpin yang berkaliber suatu hari nanti,” katanya.
Ustaz Azizul berkata, semasa proses pembelajaran, tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dan memanfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin.
“Kami kena tegas terhadap mereka semasa mengajar agar mereka akan mudah terima dan mengingati pembacaan tanpa hilang fokus atau mudah lupa.
“Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak yang berdaftar tidak dapat membaca pada mulanya tetapi Alhamdulillah kini mereka sudah boleh membaca dengan baik,” katanya sebagai penaung Pusat Pembelajaran Al-Hira.
Menurutnya lagi, kaedah pembelajaran yang diguna merupakan rahsia kepada kejayaan dalam membantu pelajar mudah menerima apa yang dipelajari.
“Kursus ini dijalankan semasa cuti sekolah selama lima hari berturut-turut dari jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang dan setiap pengambilan kami akan mendaftar 30 pelajar sahaja,” katanya.
Katanya, tenaga-tenaga pengajar yang ditugaskan mengajar di sini merupakan Ustaz-ustaz yang bertauliah dari universiti tempatan dan luar negara. Antaranya dari Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Insaniah, dan Universiti Al-Azhar.
“Insya-Allah kami sebagai tenaga pengajar akan memberikan yang terbaik melalui apa yang telah kami pelajari semasa di sekolah dan universiti agar kita mempertingkatkan kemahiran diri,” katanya.
.................................................................................................................................................................................................................................
PENYELARAS IT :
PELANTIKAN EN HAFIZ SEBAGAI PENYELARAS IT BUKTI KESUNGGUHAN AL-HIRA MEMBAWA PERUBAHAN
Perubahan demi perubahan Pusat Pembelajaran Al-Hira dalam masa terdekat ini membuktikan kesungguhan dan iltizam barisan Lembaga Pengarah Al-Hira untuk membawa perubahan kepada Al-Hira. Sesuai sebagai sebuah pusat pembelajaran Al-Quran yang bakal mendepani cabaran tahun mendatang, Pusat Pembelajaran Al-Hira mengambil langkah untuk mewujudkan Penyelaras IT bagi membantu memudahkan urusan pentadbiran dan perjalanan Al-Hira agar lebih lancar. Tahniah kepada En Hafiz dan semoga dengan penyertaan beliau akan memberikan impak positif kepada Al-Hira.
.................................................................................................................................................................................................................................
MAJLIS PENUTUP KIMA :
APRESIASI DAN PENGHARGAAN UNTUK SEMUA
27 NOVEMBER 2008-Kursus Intensif Membaca Al-Quran (KIMA) siri i untuk November 2008 telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Satu majlis penghargaan dan penutup telah diadakan untuk menghargai semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan KIMA. Jutaan pengharagaan buat Penyelaras I dan II, Ustaz Azizul Mokhtar dan Ustaz Ahmad Dzuliani bersama seluruh saff guru-guru yang terlibat, Ustaz Shahril Anuar, Ustaz Mior Mohd Mizan, Ustaz Syamsukamri, Ustaz Amirul Izham, Ustaz Fakaruddin, Ustaz Zakwan dan En Farizal di atas sumbangan yang telah diberikan.
Penghargaan khusus kepada pihak ibubapa dan penjaga yang telah memberikan kepercayaan Pusat Pembelajaran Al-Hira dengan menghantar anak-anak mereka menyertai KIMA. Semoga setiap dari sumbangan dan pengorbanan semua diterima sebagai amal yang soleh di sisi Allah.


KURSUS INTENSIF MEMBACA AL-QURAN :
BERMULA DENGAN BEGITU BAIK
23 NOVEMBER 2008-Kursus Intensif Membaca Al-Quran (KIMA) siri i untuk November 2008 telah memulakan pengajian dengan baik sekali. Seramai 24 orang peserta terawal telah memulakan sesi KIMA bertempat di Pusat Pembelajaran Al-Hira, Pengkalan
SAHAM WAKAF AIR-COND AL-HIRA :
200 UNIT SAHAM WAKAF DITAWARKAN UNTUK SUMBANGAN INFAQ
10 NOVEMBER 2008- Pusat Pembelajaran Al-Hira akan menawarkan 'saham wakaf air-cond al-hira' untuk sumbangan infaq kepada sesiapa yang berminat. Saham wakaf ini akan dibuka untuk sesiapa yang berminat demi kebaikan di akhirat. Sebanyak 200 saham wakaf akan ditawarkan yang setiap satunya bernilai RM 50. Anggaran perbelanjaan pemasangan sistem penghawa dingin dengan 8 kuasa kuda akan memakan belanja kira-kira RM 10 000.
" Kita ingin membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menymbangkan saham wakaf mereka demi kebaikan Al-Hira. Hal ini kerana, kita ingin berkongsi ganjaran bersama mereka yang berminat untuk memberikan sumbangan saham wakaf ini." Ujar Ustaz Azizul, Penyelaras I, Pusat Pembelajaran Al-Hira. Beliau cukup optimis untuk memperolehi kutipan saham wakaf daripada individu dan pihak yang berminat.
Sesiapa yang berminat untuk menyumbang kepada saham wakaf air-cond Al-Hira bolehlah menghulurkan terus sumbangan anda kepada agen saham yang dilantik oleh Al-Hira. Pastikan setiap sumbangan anda mendapat resit rasmi wakaf saham bagi mengelakkan masalah atau penipuan.
.................................................................................................................................................................................................................................
TRANSFORMASI AL-HIRA :
IMEJ & KONSEP BARU AL-HIRA MENGHADAPI TAHUN 2009
7 NOVEMBER 2008- Pusat Pembelajaran Al-Hira sedang mengalami satu proses transformasi fizikal dan pengurusan bagi menghadapi cabaran tahun 2009. Jika anda berkesempatan ke Al-Hira di Pengkalan Assam, anda akan mendapati bahawa pusat ini sedang sibuk di'renovate'. Imej baru Al-Hira dengan konsep 'ala zen' dijangka memberi impak baru dan kesan kepada seluruh warga Al-Hira. Partition, tikar, karpet semuanya bakal diganti baru. Bukan setakat itu sahaja, jika anda perhatikan, signboard al-hira juga sedang diganti dengan pelekat warna yang baru sesuai dengan konsep baru Al-Hira. Al-Hira juga sedang merangka untuk memasang penghawa dingin hasil saranan dan cadangan oleh pelajar dan ibubapa.
Gambar terkini selepas perubahan akan dilampirkan dalam posting akan datang. Nantikan kemunculannya.
.................................................................................................................................................................................................................................
ZIARAH USTAZ TAKIYUDDIN KE AL-HIRA :
PERKONGSIAN BIJAK YANG PENUH MANFAAT
3 NOVEMBER 2008- Ustaz Mohd Takiyuddin Bin Che Hassan Al-Hafiz, seorang sahabat lama kepada Ustaz Azizul Mukhtar telah melakukan satu ziarah mahabbah ke Al-Hira Perlis. Beliau telah bersama-sama Ustaz Azizul menuntut Ilmu Kaedah Al-Hira daripada Ustaz Dr. Haji Zulpan Nasution ketika mereka masih menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ustaz Takiyuddin sekarang adalah seorang ahli perniagaan yang juga berminat untuk membuka Pusat Pembelajaran Al-Hira di Negeri Sembilan. Beberapa nasihat dan pandangan juga telah diberikan oleh beliau untuk kebaikan bersama Al-Hira. Semoga kita akan mendapat kebaikan daripada ziarah mahabbah ini.
.................................................................................................................................................................................................................................
KURSUS INTENSIF MEMBACA AL-QURAN (KIMA) :
PELUANG KEEMASAN YANG DINANTI-NANTIKAN
1 NOVEMBER 2008- Pusat Pembelajaran Al-Hira sekali lagi akan mengadakan Kursus Intensif Membaca Al-Quran atau nama ringkasnya KIMA untuk penutup tahun 2008. Seperti kebiasaan, Pusat Pembelajaran Al-Hira tidak akan melepaskan peluang untuk mengadakan KIMA sebagai memenuhi respon dan maklumbalas positif dari pihak ibu bapa dan penjaga serta masyarakat Perlis amnya.
Kursus yang akan diadakan selama 5 hari memberi peluang kepada anak-anak pelajar untuk lebih cepat mendapat pendedahan kaedah Al-Hira, kaedah cepat membaca Al-Quran-Boleh membaca Al-Quran dalam masa 24 jam. Kursus ini akan diadakan pada cuti penggal persekolahan yang akan datang bertempat di Pusat Pembelajaran Al-Hira Pengkalan Assam. Bayaran tertentu dikenakan untuk buku, alatulis, sijil dan makanan. Kursus akan berjalan selama 5 hari bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang.
Pusat Pembelajaran Al-Hira sering mengadakan kursus-kursus seperti ini termasuk Kursus Intensif Smart Jawi, Kursus Persediaan Kelayakan Kelas Aliran Agama untuk mengisi masa anak-anak pelajar khusunya sepanjang cuti persekolahan. Berdasarkan pengalaman Pusat Pembelajaran Al-Hira, KIMA akan menjadi satu momentum kepada para peserta untuk lenih mendalami Al-Quran.
"KIMA telah menunjukkan keberkesanan kepada para pesertanya, sehinggakan mengikut pengalaman kita, seorang peserta berusia 4 tahun telah mampu untuk membaca Al-Quran hanya dengan mengikuti KIMA selama 5 hari. Bayangkan jika peserta tadi terus menerus mencungkil bakat beliau." Ujar Ustaz Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Penyelaras Kurikulum Al-Hira.
KIMA dibuka untuk semua peringkat pelajar samada sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar pra sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pembelajaran Al-Hira
.................................................................................................................................................................................................................................
PEMUSATAN LOKASI AL-HIRA :
LANGKAH MENYATUKAN AL-HIRA KG GURU DAN PENGKALAN ASSAM BAGI MENGUKUHKAN PENTADBIRAN AL-HIRA
28 OKTOBER 2008- Pihak Lembaga pengarah mengambil keputusan untuk menyatukan Al-Hira Kg Guru dan Al-Hira Pengkalan Assam sebagai langkah untuk menjana satu pentadbiran yang lebih efision dan cemerlang. Langkah tersebut diambil untuk meningkatkan kecemerlangan pentadbiran Al-Hira supaya dapat berhadapan bersaing dan berhadapan tahun 2009.
Justeru, pihak penjaga dan pelajar Al-Hira di Kg Guru akan memulakan sesi pembelajaran di Pusat Pembelajaran Al-Hira Pengkalan Assam pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Dijangkakan 7 November ini sebgai tarikh akhir untuk penyelarasan jadual dan lokasi pembelajaran. oleh kerana itu, pihak pelajar dan penjaga di Kg Guru diminta untuk mengisi borang cadangan pertukaran masa dan hari pembelajaran untuk senarai semak oleh pihak pengurusan Al-Hira.
Adalah diharapkan agar keputusan yang diambil ini dapat diterima oleh semua pihak termasuk tenaga pengajar & staf , pelajar dan ibu bapa. Di kesempatan ini, pihak Lembaga Pengarah Al-Hira memohon kemaafan kepada semua pihak di atas segala kesukaran yang dihadapi sepanjang pusat ini cuba untuk meningkatkan tahap pegurusannya.
Pihak Lembaga Pengarah juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Mahmud, yang sudi berkongsi idea dan sumbang saran beliau dengan Al-Hira dan sudi untuk menjadi rakan kongsi selama kewujudan Al-Hira Kg Guru. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik beliau selama ini. Jazakumullahu khairan kathira.
.................................................................................................................................................................................................................................
USTAZ DR. HAJI ZULPAN NASUTION BIN MAHAD :
MUTIARA AL-HIRA YANG BERGEMERLAPAN
26 OKTOBER 2008-8.00 MALAM- Panel Tour Al-Hira menutup siri jelajah Al-Hira ke Lembah Klang dengan mengadakan pertemuan bersama Ustaz Dr. Haji Zulpan Nasution Bin Mahad, Pengarah Urusan Al-Hira' Enterprise di Dengkil Sepang, Selangor Darul Ehsan. Pihak Panel Tour Al-Hira cukup berbesar hati apabila Ustaz Dr. Haji Zulpan sudi meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan dengan kami di kediaman beliau di Dengkil, Sepang.
Sepanjang pertemuan, Ustaz Dr Haji Zulpan tidak jemu-jemu memberikan suntikan semangat kepada Lembaga Pengarah Al-Hira untuk terus komited dan thabat di dalam menyebarkan-luaskan pengajaran Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Al-Hira yang beliau sifatkan sebagai anugerah yang tidak ternilai.
"Hargai rahmat dan anugerah kaedah Al-Hira. " Ujar beliau memberi semangat kepada kami. "Buatkan satu kekuatan pasukan, jihad sebuah kebenaran". Tambah beliau lagi. Ustaz Dr. Zulpan sememangnya bersemangat bercakap mengenai Kaedah Al-Hira.
Beliau mensasarkan untuk tahun 2010 sebagai tahun Al-Hira dapat digunakan secara meluas di seluruh Malaysia khususnya di Kementerian Pelajaran Malaysia dan JAKIM. oleh itu beliau amat berharap agar pasukan Al-Hira akan terus berusaha mencapai target tersebut. Bercakap mengenai modus operandi pengajaran Al-Hira, beliau menyatakan insyaAllah akan memberikan impak yang lebih cepat dan berkesan terhadap metode pengajaran Al-Quran di Malaysia. Pengajaran Al-Hira 4 X 3 dihuraikan dengan :
1- 4 bulan pertama - Tempoh mempelajari kaedah asas untuk membaca Al-Quran dengan kaedah Al-Hira.
2- 4 bulan kedua - Tempoh untuk melancarkan bacaan
3- 4 bulan ketiga - Tempoh untuk membaca Al-Quran dengan bertajwid
Di akhir pertemuan, panel tour Al-Hira mengambil peluang untuk bergambar bersama Ustaz Dr. Haji Zulpan dan keluarga beliau. Terima Kasih dan jutaan penghargaan kepada Ustaz Dr. Haji Zulpan kerana sudi menerima kunjungan dan ziarah kami. Terima kasih juga kepada isteri beliau di atas hidangan dan jamuan yang amat lazat bagi meraikan kedatangan kami. Semoga ukhuwwah yang terjalin akan terus lestari selamanya.
.................................................................................................................................................................................................................................
TOUR AL-HIRA KE LEMBAH KLANG :
AL-HIRA KOMITED DAN BERILTIZAM MEMULAKAN SEMANGAT YANG BARU
26 OKTOBER 2008- Lembaga Pengarah Al-Hira, komited dan beriltizam untuk memulakan semangat baru untuk meningkatkan tahap dan keupayaan untuk menguruskan Al-Hira bagi berdepan dengan cabaran 2009. Perbincangan tertutup Pusat Pembelajaran Al-Hira bersama Dr. Rizal I.Ismail, Pengarah Eksekutif, El Nemr Capital Sdn Bhd sekitar 2 jam telah berjaya membuka mata Ahli Lembaga Pengarah untuk meningkatkan tahap pengurusan Al-Hira. Perbincangan yang membincangkan mengenai pengurusan dan profesionalisme Al-Hira bakal menempa satu pembaharuan di dalam pengurusan Al-Hira. Ahli Lembaga Pengarah amat berharap agar dapat mempraktikkan segala dapatan hasil pertemuan ini.
Panel Tour Al-Hira juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Al-Hira Enterprise, Ust Zulpan Nasution. Di kesempatan ini, Panel Tour Al-Hira ingin merakamkan ucapan penghargaan buat Ustaz Aiman Bin Mohd Hussin, Saudara Mohd Hafiz, Ustaz Zulpan Nasution, Ustaz Taqiyuddin dan khususnya buat Dr. Rizal atas segala bantuan dan dokongan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
.................................................................................................................................................................................................................................
KELAS PEDAGOGI GURU AL-HIRA :
SATU PERMULAAN YANG CEMERLANG
24 OKTOBER 2008- Alhamdulillah, Kursus Pedagogi Guru Al-Hira telah dimulakan dengan begitu baik. Kelas khas untuk pengukuhan guru-guru Al-Hira ini telah diadakan bermula jam 9 di bawah seliaan Al-Fadhil Ustaz Syamsul, salah seorang Guru Al-Hira yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang Al-Quran. Beliau telah memulakan dengan 'Slot Tahsin' (memperbaiki tajwid) dan diselitkan sedikit ' asas tarannum'(bacaan berlagu). Rata-rata tenaga pengajar yang hadir amat berpuas hati dengan kelas pedagogi ini.
Pihak Pusat Pembelajaran Al-Hira, juga merangka untuk menguruskan sesi pertemuan dengan Ustaz Abdullah Jusoh untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan para guru Al-Hira di dalam bidang Al-Quran. Ustaz Abdullah yang dikenali sebagai, 'Khalil Husairi
Sekitar jam 4 petang ini, pihak Lembaga Pengarah akan bertolak ke Lembah Klang untuk 'tour & lawatan kerja'. Pihak Al-Hira mengharapkan doa dari semua pihak agar permusafiran ini menatijahkan hasil yang baik.
.................................................................................................................................................................................................................................
TOUR AL-HIRA KE LEMBAH KLANG :
BAKAL MEMBUKA LEMBARAN BARU UNTUK AL-HIRA 2009
Dengan izin Allah SWT, Lembaga Pengarah Al-Hira akan mengadakan satu 'tour' (lawatan kerja) ke sekitar Lembah Klang untuk mencari peluang-peluang di sekitar Lembah Klang sebagai membuka lembaran baru bagi tahun 2009. Pihak Lembaga Pengarah akan mengadakan tour tersebut pada 25 Oktober ini. Difahamkan, pihak Pusat Pembelajaran Al-Hira 'dilamar' oleh beberapa pihak untuk berbincang mengenai Pusat Al-Quran ini. Pihak Al-Hira mengharapkan doa dari semua pihak agar 'safar' ini akan berjaya dan menatijahkan hasil yang terbaik..
............................................................................................................................................................................................................................
PERJUMPAAN STAF AL-HIRA:
(KESEPAKATAN KELAS PEDAGOGI, TAJWID & JAWI SEMUA STAF)
18 OKTOBER--Guru-guru dan staf Pusat Pembelajaran Al-Hira sepakat untuk mengadakan kelas Pedagogi untuk semua staf Al-Hira bagi meningkatkan tahap kemahiran dan penguasaan semua staf Al-Hira. Kelas akan berlangsung pada setiap hari sabtu bermula jam 9 pagi hingga 10 pagi bertempat di Pusat Pembelajaran Al-Hira, Pengkalan Assam. Adalah diharapkan agar semua staf Al-Hira samada Tenaga Pengajar atau Staf Pengurusan untuk menghadirkan diri. Penyelaras I, Ustaz Azizul mengharapkan agar staf Al-Hira agar tidak menguzurkan diri dari Majlis Ilmu yang bakal dijalankan.
Kelas akan tajwid dan tarannum akan dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Al-Hira sendiri, Ustaz Syamsul Bin Md Desa, seorang guru yang berpengalaman. Ustaz Mohd Nazim, Penyelaras Kurikulum mengharapkan agar semua akan mengambil manfaat dati kelas ini.
........................................................................................................................................................................................................................................................
LITTLE ARAB & KELAS BAHASA ARAB AL-HIRA
(KELAS BAHASA ARAB UNTUK KANAK-KANAK, REMAJA SEKOLAH & DEWASA)
Insya Allah, Pusat Pembelajaran Al-Hira akan mengadakan Kelas ''LITTLE ARAB (untuk kanak-kanak) & KELAS BAHASA ARAB (untuk remaja sekolah dan dewasa). Sila double click (klik 2 kali) untuk imej yang lebih besar atau untuk print bagi mereka yang ingin mencetak :
...........................................................................................................................
UST AIMAN BIN MOHD HUSSIN & UST HARIS:
PEMERGIAN YANG SUKAR DICARI GANTI
Pada tanggal 3 syawal bersamaan 3 Oktober yang lalu, Ustaz Aiman Bin Mohd Hussin telah berhijrah ke Damansara, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Beliau akan meneruskan perjuangan sebagai Pengurus Cawangan Al-Hira di Kota Damansara dan akan menjalankan pengajaran Kaedah pembelajaran dalam masa 24 jam Al-Hira. Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Damansara, bolehlah menghubungi Ustaz Aiman Bin Mohd Hussin untuk permohonan kelas dan sebagainya. Ustaz Aiman boleh dihubungi melalui talian : 019-4551614 atau melalui 012-4231987. Pemergian beliau amat dirasai oleh warga Pusat Pembelajaran Al-Hira sehingga disifatkan oleh salah seorang tenaga pengajar di Al-Hira sebagai 'Pemergian yang sukar dicari ganti'. Walaubagaimanapun, Pusat Pembelajaran Al-Hira mengucapkan syabas dan mendoakan agar Ustaz Aiman diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan beliau untuk menyebarkan Kalimatullah di muka bumi ini.
Untuk pengetahuan semua khususnya mereka yang berada di sekitar petaling jaya dan lembah klang amnya, Ustaz Aiman akan menawarkan kelas personal ke rumah. Sila hubungi Ustaz Aiman bagi mereka yang berminat. Berikut adalah alamat ustaz Aiman di
No. 7, Jalan Pekaka 8/ 15 D, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Begitu juga dengan Ustaz Haris Bin Zainol Abidin, Staf Pengurusan Al-Hira yang telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai kerani di Al-hira bermula 12 Oktober ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Pusat Pembelajaran Al-Hira. Tempat beliau akan digantikan oleh Saudara Ku Ahmad Fadli, yang sebelum ini bertugas Staff Pengurusan Al-Hira cawangan Kg Guru. Pusat Pembelajaran Al-Hira mengucapkan selamat bertugas kepada Saudara Ku Ahmad Fadli.
SALAM AIDILFITRI 1429 H
DARI SELURUH STAFF DAN ’USRAH’ AL-HIRA
SEMPENA SAMBUTAN IHYA’ RAMADHAN
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA telah mengadakan Majlis Majlis Khatam Al-Quran pada 28 Ramadhan yang lalu. Majlis yang berakhir dengan kurniaan sanad surah Al-Fatihah yang bersambung sehingga Baginda Rasulullah SAW oleh Penyelaras Kurikulum Al-Hira, Ust Mohd Nazim. Beliau merupakan tilmiz kepada Sheikh Sa’id Al-Qumbasyawi, Kaherah, Mesir. Sijil-sijil penyertaan dan sijil Khatam Al-Quran serta Sijil Sanad Surah Al-Fatihah telah disampaikan oleh Ust Azizul Bin Mukhtar, selaku Penyelaras I dan diiringi oleh Ust Ahmad Dzuliani, Penyelaras II, dan Ust Mohd Nazim, Penyelaras Kurikulum Al-Hira. Di dalam ucapan penangguhan, Ust Azizul Bin Mukhtar, mengajak para hadirin agar terus menerus mempelajari Al-Quran dan berusaha mengajarkan Al-Quran kepada masyarakat. Jamuan ringan mengakhiri majlis pada malam tersebut.
Al-Hamdulillah, dengan izin Allah SWT, Majlis Iftor Jamaie sempena sambutan Ihya’ Ramadhan telah berlangsung dengan sempurna. Ramai yang bertanya mengenai gambar-gambar yang diambil ketika malam tersebut. Bagi memenuhi permintaan banyak ppihak, bersama ini disertakan gambar-gambar penuh warna-warni ketika majlis diadakan :
SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 1429 H AL-HIRA MERIAH
Al-hamdulillah dengan izin Allah, Majlis Sambutan Ihya Ramadhan 1429 H anjuran Pusat Pembelajaran Al-Hira berlangsung dalam keadaan yang begitu meriah. Majlis yang dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim oleh Adik Mohd Irfan, salah seorang penuntut di Kelas Tarannum di bawah kelolaan Ust Syamsul. Kira-kira 40 orang terdiri daqripada guru-guru dan dtaf pengurusan Al-Hira telah hadir bersama. Majlis diteruskan dengan solat magrib, isyak dan tarawih secara berjemaah yang diimimkan oleh barisan murabbi Al-Hira. Turut diadakan tazkirah Ramadhan oleh Ust Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Penyelaras Kurikulum Al-Hira. Majlis diakhiri dengan majlis tadarus yang disertai oleh seluruh hadirin yang hadir. Ust Azizul Bin Mukhtar, selaku penyelaras 1 Al-Hira di dalam ucapan beliau berharap agar program seumpama ini akan diteruskan.
Di kesempatan ini, Pusat Pembelajaran Al-Hira ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut khususnya kepada Ust Aiman Bin Hussain, selaku pengarah Program, Dato' Seri Shahidan Bin Kassim selaku Pengerusi Yayasan Pok Dan Kassim yang menyumbangkan kewangan besar untuk majlis ini. Juga terima kasih ditujukan kepada pihak Shalbina Catering, Harif Kurma, En Mahmud (Pusat Tusyem Cemerlang), Pn Khariah dan keluarga dan mereka yang turut menjayakan majlis ini.
Semoga sedikit usaha ini dapat memberikan impak yang terbaik ke arah melahirkan generasi Qurani
___________________________________________________________________________________________________________
New !!!
KELAS TUTORIAL AL-HIRA
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA menawarkan khidmat kelas bimbingan @ tutorial untuk meningkatkan kemahiran anak-anak anda @ adik-adik sekalian untuk menjawab soalan latih tubi di dalam matapelajaran yang ditawarkan. Sila hubungi PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA untuk maklumat lanjut!!
New !!!
MODUL LITTLE QARI AL-HIRA
Little Qari adalah modul pengajian untuk menimbulkan minat kanak-kanak untuk belajar al-Quran untuk menjadi "qari' masa depan"
AHLI KELUARGA ANDA BELUM BOLEH MEMBACA AL-QURAN?!
KAEDAH AL-HIRA
Kaedah cepat membaca Al-Quran. Terbukti berkesan. Setelah ramai pelajar terdiri dari golongan dewasa dan kanak-kanak, kini mampu membaca Al-Quran.
Tawaran pengajiaan Al-Quran bagi mereka yang berminat mendalami ilmu Al-Quran. PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA menawarkan beberapa program pengajian Al-Quran :
- Kelas Asas Membaca Al-Quran (Pelajar sekolah Rendah & Menengah)
- Kelas Asas Membaca Al-Quran + Pakej Fardhu Ain (untuk pelajar sekolah)
- Kelas Asas Membaca Al-Quran (Dewasa-tiada had usia)
- Kelas Personal Asas Membaca Al-Quran + Pakej Tajwid
- Kelas Guru Bergerak Asas Membaca Al-Quran + Pakej Tajwid
- Kelas Pengajian Al-Quran & Tajwid
- Kelas Tarannum Al-Quran
- Kelas Latihan Pengajaran Kaedah Al-Hira
- Kelas Latihan Pengajaran Kaedah Al-Hira untuk OKU
- Kursus Intensif Membaca Al-Quran (KIMA) (dalam masa 5 hari)
- Kursus Smart Jawi Al-Hira (dalam masa 5 hari)
Juga Menawarkan khidmat konsaltant motivasi, tenaga penceramah, modul dan latihan(training) motivasi.
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA juga sedia menerima tempahan REHAL AL-HIRA
Sila Hubungi :
PUSAT PEMBELAJARAN AL-HIRA
Tingkat Atas Kedai, No 9, Taman Pengkalan Indah, Jalan Pengkalan Assam, 01000 Kangar, Perlis
019-5691053 / 04-9781053


















