Friday, September 5, 2008

>>MAIN PAGE




DITERIMA SEBAGAI SILIBUS PEMBELAJARAN AL-QURAN DI
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PAUH PUTRA &
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH (POLIMAS), JITRA

5 JULAI- Silibus Al-Hira diterima sebagai sukatan pembelajaran Al-Quran di 2 Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Puah Putra, Perlis dan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Darul Aman.

Ustaz Azizul, Penyelaras Pusat Pembelajaran Al-Hira melahirkan rasa syukur dengan pencapaian Pusat Pembelajaran Al-Hira untuk bertapak di IPT. Beliau amat berterima kasih di atas kepercayaan semua pihak terhadap keberkesanan silibus Al-Hira sebagai pemudahcara untuk sistem pembelajaran yang efision dan padat.

Difahamkan bahawa, PTSS akan mengadakan program khas pengajian Al-Quran bermula Ramadhan ini. Pusat Pembelajaran Al-Hira berterima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Hanafi Bin Jusoh, salah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Am, Unit Pendidikan Islam dan Moral PTSS yang akan menggunakan kaedah Al-Hira bagi merealisasikan program berkenaan.

Dalam perkembangan lain, POLIMAS Jitra juga akan menggunakan kaedah Al-Hira untuk dipraktikkan di dalam pembelajaran Al-Quran. Semoga Allah SWT merahmati segala usaha kita untuk melahirkan generasi Al-Quran.
_____________________________________________________________

ISRAK DAN MIKRAJ :
MENYEMARAKKAN KEGHAIRAHAN BERSOLAT


________________________________________________________

CUNGKIL BAKAT CILIK TARANNUM
MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN MERIAH

Pusat Pembelajaran Al-Hira komited untuk melahirkan generasi Al-Quran yang mempunyai pakej lengkap dan terbaik ke arah kebaikan ummah. Hal ini telah dibuktikan dengan perujian Tilawah Al-Quran untuk para pelajar Al-Hira. Berikut adalah keputusan musabaqah berkenaan :

Johan Tilawah Lelaki : Saudara Badrul Munir Bin Ahmad Daud
Johan Tilawah Perempuan : Saudari Anis Khairani Binti Marzari

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kepada murabbi tarannum, Ustaz Ahmad Daud, di atas kesudian mengepalai penganjuran kali ini. Juga sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelaras Al-Hira, Ustaz Azizul Bin Mokhtar, Ustaz Ahmad Dzuliani dan Ustaz Faizul Naziran di atas penganjuran kali ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini.

Johan Tilawah Lelaki


Saguhati


Penyampaian Hadiah

Johan Tilawah Perempuan

Juri Tilawah sedang bermuzakarah

Pertandingan sedang berlangsung

Hamper untuk para pemenang
________________________________________________________________

SALAM MAAL HIJRAH. "1 MALAYSIA 1 UMMAH"

KEUTAMAAN BULAN MUHARRAM
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda: Maksudnya: "Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."
Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah, Nabi saw bersabda: Maksudnya: "Satu tahun itu ada dua belas bulan, antaranya empat bulan haram, tiga (dari yang empat itu) berturut-turutan, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab Mudhar antara Jamadil akhir dan Sya'ban." (H.R. al-Bukhari dan Muslim)


KEUTAMAAN PUASA MUHARRAM

Abu Qatadah berkata, Nabi saw telah ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura, baginda bersabda, yang bermaksud: "Ia (puasa 'Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu." Dalam riwayat yang lain bermaksud: "Dan puasa hari 'Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya." (HR Muslim)


SEBAIKNYA BERPUASA PADA 9 DAN 10 MUHARRAM ATAU 10 DAN 11 MUHARRAM
Kata Ibn 'Abbas r.a., maksudnya: "Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda bersabda: "Hari apakah ini (di sisi kamu)?" Orang-orang Yahudi menjawab : "Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan Musa dan Bani Israil pada hari ini daripada musuh mereka (Fir'aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini ('Asyura)." Sabda Nabi s.a.w : "Aku lebih berhak terhadap Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi)." Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut ('Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya." (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim) Ibn 'Abbas r.a. pula berkata, maksudnya: “Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya."Para Sahabat berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas bercerita: "Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t .)." (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)



PERKHIDMATAN GURU MOBILE
AL-HIRA TERUS KE RUMAH ANDA (SEKITAR KL & DAMANSARA)


24 MEI 2010 - Pusat Pembelajaran Al-Hira kini menawarkan PERKHIDMATAN GURU MOBILE yang akan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur - Damansara. Guru yang akan mengajar adalah USTAZ AIMAN BIN MOHD HUSSIN AL-HAFIZ. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi : Ustaz Aiman di talian 019-4551614.

Johan Tilawah Lelaki


Saguhati


No comments:

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالاَتِ اللهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلاَ يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا

"BOLEH MEMBACA AL-QURAN DALAM MASA 24 JAM"